Tahu Apa Itu Tokek?

Anda tahu apa itu Tokek? Mungkin ada di antara anda yang tidak pernah mendengar nama ini..Malah mendengarkan nama tersebut saya akan terbayangkan satu perbuatan samada ala-ala perkataan toreh (menoreh atau menokek)..Saya juga dapat membayangkan jika perkataan tersebut membawa maksud cekik darah (mencekik atau menokek)

Tokek adalah nama yang disebut oleh kaum Ubian di kawasan kampung tempat saya mengajar (mungkin nama ini juga digunakan oleh suku kaum lain di Sabah). Tokek ialah seperti seekor cicak. Seperti. Cuma saiznya adalah dalam 8-10 ganda besar daripada cicak biasa.

Saya begitu fobia dengan cicak. Mungkin disebabkan oleh insiden pahit yang telah saya alami ketika berada di dalam Darjah Dua dahulu. Selepas daripada itu, saya cukup 'gerun' apabila berada dalam jarak yang dekat dengan binatang ini. Masuk tandas, sanggup saya tahan jika ada cicak di dalam.

Ketika sedang duduk di ruang tamu di rumah guru yang saya diami sekarang (bersama teman serumah, Wana dan Jue), Wana berkata sesuatu dan memandang ke arah dinding di atas. Saya pun melihat sama. Cuma yang tidak samanya saya terlompat. Lari ke arah pintu masuk rumah. Paling memalukan air mata bergenang, akibat terkejut melihat saiz cicak yang sedemikian rupa. Mahu mengangis ketika itu.

Dari situlah baru saya tahu daripada budak-budak sekolah nama cicak tersebut ialah Tokek. Kalau dalam Bahasa Inggeris, lebih dikenali sebagai Gecko (kalau tidak silaplah). Mungkin ada juga kelebihan berjumpa dengan Tokek ni, kini saya kurang fobia dengan cicak. Cicak ada di dalam tandas pun saya sudah berani demi 'membuang'. Tokek yang ada di rumah guru ini ada tiga, mungkin sepasang itu adalah suami isteri dan seeokor lagi anak tokek. Walhal, baru beberapa minggu yang lepas anak tokek itu mempunyai saiz seperti seekor cicak biasa. Kini ialah telah membesar 5 kali ganda pada perkiraan saya.

Ini adalah pasangan Tokek tersebut. Kredit kepada Wana yang tanpa gerun berjaya mengambil gambar-gambar mereka.


Comments

  1. wah..itu cicak harimau (hokkien) kat sarawak sini...

    rupa2nya devad that looks like devil is scare of this "harimau" ;))

    ReplyDelete
  2. ebaaa..

    syikin pon tak suke cicak..gelii....:((

    ReplyDelete
  3. arkk....skg mcm sa pula fobia, eiii gelinya klu nampak..

    ReplyDelete
  4. cicak kubing!!! I hate cicak kubing!! U know what eva, ada cicak d luar tepi pintu bilik sy,mula2 x perasan tp c Ana yg bgtau sy..bagus2 sy tdk tau...c Ana kc tau sy pulak!dei!! Kubing 2 x brgerak2,mgkin sbp trlekat pd gam tikus yg ada d dinding.tp sudah 2 mggu kubing 2 mc hidup,amazing!!entah apa la yg dia makan diam2 d situ.but it scared me to death even to look the menatang.yakkk!!

    ReplyDelete
  5. Wah...nice picture about TOKEK. Unik ba gambar tu EVA. Pertama kali sy nampak cicak berbintik-bintik ni. Saya rasa...sy x takut sgt cicak. Cuma...geli la jua....sbb...pandai malakat kan. Heee. :D

    ReplyDelete
  6. tokek jenis tu mahal harganya,sekarang ramai yang mencari tokek tersebut,ada sesiapa ka yang tahu di mana terdapat pembeli tokek di sabah?sebab saya ada tapi masih kecil baru 2jari setengan lebar

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...dalam gambar tu TOKEK tu dimana? lokasi ? haiwan tu mahal harganya!! seekor!! sesiapa ada ternampak tokek email kat saya Syamrien82@gmail.com !!

    ReplyDelete
  8. SESIAPA ADA TERNAMPAK HAIWAN TOKEK NI...SILA HUBUNGI SAYA!! ATAU YG TERNAMPAK KA...!! Syamrien82@gmail.com

    ReplyDelete
  9. datangla ke pulau banggi...banyak tokek di sana..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts